PERTANDINGAN MENULIS ESEI MERDEKA 2024 PERINGKAT FEM | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » N27)

Event Title
PERTANDINGAN MENULIS ESEI MERDEKA 2024 PERINGKAT FEM
Date
02 Aug 2024 - 31 Aug 2024
Time
01.00 - 07.30
Location
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Event Summary
1. Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke 67, pihak Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi (KKSR) FEM UPM SESI 2024/2026 dengan sukacitanya ingin menjemput warga FEM untuk turut serta dalam usaha memperingati dan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dengan menulis karya kreatif yang bertemakan "Malaysia Madani Jiwa Merdeka" yang menjelaskan konsep utama dan nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia dalam mencapai kemajuan dan kesejahteraan negara. Bagi sub topik sila rujuk dalam poster yang dilampirkan bersama. 2. Tema ini mengajak kita semua untuk merenung dan menghayati erti sebenar kemerdekaan dalam konteks Malaysia Madani, di mana kemajuan dan pembangunan negara selari dengan nilai-nilai kemanusiaan, kesederhanaan, dan kebebasan. Melalui penulisan warga FEM, kami berharap untuk menggali dan menyampaikan pelbagai perspektif serta pengalaman yang mencerminkan semangat perjuangan dan patriotisme rakyat Malaysia. 3. Anda boleh menulis dalam pelbagai topik yang disertakan bersama poster Pertandingan Menulis Esei Malaysia Merdeka 2024. Semua karya yang dihantar akan dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam buku komemoratif sempena Hari Kemerdekaan, dan juga akan dipamerkan dalam mana-mana acara khas Fakulti yang akan diadakan pada bulan Ogos dan bulan lain nanti. Hantarkan karya anda sebelum 31 Ogos 2024 ke alamat link Google Form kami di [https://forms.gle/YsbrYtz7mxhTToRY8]. Sila sertakan nama penuh, alamat, dan nombor telefon untuk tujuan pengesahan dan E-Certificate penyertaan turut disediakan. 5. Mari kita bersama-sama mengabadikan semangat "Malaysia Madani Jiwa Merdeka" melalui penulisan yang menginspirasi dan membangkitkan rasa cinta terhadap tanah air.

Updated:: 12/08/2024 [aspah.kasim]

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
S, (12:41:18pm-12:46:18pm, 06 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]