"Forum Kesedaran Pendidikan Kewarganegaraan Global" | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKTIVITI » Tiga pensyarah UPM menang Anugerah Akademik Negara 2011 & 2012

Tajuk Acara
"Forum Kesedaran Pendidikan Kewarganegaraan Global"
Tarikh
27 Nov 2021 - 28 Nov 2021
Masa
09.00 - 04.30
Lokasi
Online
Ringkasan Acara
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Wacana Intelektual Perdana Fakulti Ekologi Manusia akan menganjurkan "Forum Kesedaran Pendidikan Kewarganegaraan Global" pada 27 November dan 28 November 2021. Forum ini dianjurkan bertujuan untuk mempromosikan dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan kewarganegaraan global dalam kalangan pendidik. Sehubungan itu, pihak kami menjemput dan mengalu-alukan kehadiran YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, untuk menyertai majlis perasmian dan 4 sesi forum yang akan dipancarkan secara langsung di saluran Youtube dan Facebook Universiti Putra Malaysia seperti butiran berikut: Majlis Perasmian Forum Tarikh : 27 November 2021 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi - 9.45 pagi Sesi Forum 1 (Tema: Keganasan Global) Tarikh : 27 November 2021 (Sabtu) Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang Sesi Forum 2 (Tema: Penyebaran Berita Palsu) Tarikh : 27 November 2021 (Sabtu) Masa : 2.15 petang - 5.15 petang Sesi Forum 3 (Tema: Pembinaan Keamanan) Tarikh : 28 November 2021 (Ahad) Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari Sesi Forum 4 (Sidang Pleno: Resolusi) Tarikh : 28 November 2021 (Ahad) Masa : 2.00 petang - 4.30 petang Untuk makluman, penganjuran forum ini adalah ditaja oleh Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding (APCEIU), Korea Selatan, iaitu sebuah agensi di bawah naungan UNESCO. Penganjuran forum ini juga mendapat kerjasama Global Citizenship Education Cooperation Centre Universiti Sains Malaysia (GCC-USM), Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, dan Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Selangor. Kesudian YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan menerima dan memberi keutamaan atas undangan ini amatlah dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih. Penyertaan dalam program ini akan diberi mata CPD Latihan UPM dan peserta tidak perlu mengisi Borang Latihan OJT/Pembelajaran Kendiri. Sekian, terima kasih.

Kemaskini:: 26/11/2021 [rozlita]

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
BVKFDA5:03:28