Event Title
DAY 1 ECO PRINT (TEKNIK BLANKET) WORKSHOP WITH EXPERTS
Date
24 Oct 2025 - 24 Oct 2025
Location
Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM
Event Summary
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan yang dihormati,
JEMPUTAN MENYERTAI DAY 1 ECO PRINT (TEKNIK BLANKET) WORKSHOP WITH EXPERTS
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan bengkel eksklusif seperti ketetapan berikut:
Tajuk Bengkel : Day 1 Eco Print (Teknik Blanket) Workshop with Experts
Tarikh : 24 Okt. 2025
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM
Penyertaan : Terbuka kepada semua kakitangan UPM dan Orang Awam (Terhad kepada 30 peserta sahaja)
Yuran : RM350 seorang
Tarikh Tutup Pendaftaran : 20 Okt. 2025
Yuran Merangkumi : Minum pagi , Makan Tengahari, Minum Petang, Bahan Bengkel, dan Sijil Penyertaan
Tenaga Pengajar
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Designer Eco- Print & Koordinator Pembangunan Komuniti
Fakulti Ekologi Manusia, UPM
Encik Zulhelmy Hamdan
Perintis Eco Prints Malaysia & Artisan
Mengapa Sertai Bengkel Ini?
Bengkel ini memberi pendedahan intensif terhadap Eco Print Teknik Blanket, iaitu kaedah khas yang menggunakan susunan daun, bunga dan bahan semula jadi di atas fabrik sebelum digulung dan dikukus bagi memindahkan warna serta bentuk secara semula jadi.
Berbeza dengan cetakan sintetik, Eco Print Teknik Blanket menekankan aspek kelestarian, kreativiti dan keindahan semula jadi. Setiap hasil karya adalah unik, asli dan eksklusif, bergantung kepada jenis tumbuhan seperti jenis daun, kulit buah, kulit pokok, akar kayu, musim, serta faktor alam sekitar lain.
✨ Apa yang peserta akan dapat:
Latihan praktikal secara intensif dalam teknik blanket eco print.
Peluang menghasilkan sendiri rekaan eco print sepanjang bengkel.
Pemahaman mendalam tentang keunikan corak, warna dan tekstur semula jadi.
Pendedahan kepada nilai kelestarian dalam seni reka tekstil.
Teknik perawatan kain bagi mendapatkan hasil yang optimum.
🌿 Bengkel ini bukan sahaja melatih kemahiran teknikal, tetapi juga membuka ruang untuk peserta meneroka kreativiti sambil menyumbang kepada usaha kelestarian alam.
✅ Mata CPD untuk staf UPM
🎨 Pembelajaran eksklusif dan praktikal terus daripada pakar
🌱 Memupuk kesedaran kelestarian dan penghargaan terhadap biodiversiti
👉 Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/5kP2zwGTNaXkdv6x9
📌 Tempat terhad kepada 30 peserta sahaja – siapa cepat dia dapat!
Kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyebarkan jemputan ini kepada rakan sekerja dan kenalan amatlah dihargai.

Updated:: 08/10/2025 [rozlita]