Serdang, 6 Februari 2024 - Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Persatuan Pekerja Sosial Malaysia (MASW) dan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Seminar Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) Siri 1/2024 Peringkat Zon Tengah di Auditorium Jurutera Radin Omar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini telah dilaksanakan selama setengah hari dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pekerja sosial dan pengamal sosial tentang keperluan pendidikan, latihan dan profesional berterusan apabila RUU Profesion Kerja Sosial diluluskan Perasmian Seminar telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Faridah binti Awang, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM). Turut hadir ke majlis tersebut ialah YBrs. Prof. Dr. Mohamad Fazli bin Sabri, Dekan Fakulti Ekologi Manusia serta pegawai dari fakulti tersebut. Seramai 250 orang peserta dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, agensi luar seperti Jabatan Penjara Malaysia, Universiti Awam dan Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan turut menghadiri seminar tersebut. |
Tarikh Input: 09/02/2024 | Kemaskini: 09/02/2024 | aspah.kasim