FEM Anjur Sesi Perkongsian Kertas Kerja Seminar/Konferens Antarabangsa
Serdang, 21 Mac 2024 – Fakulti Ekologi Manusia melalui Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan satu sesi perkongsian ilmu bertempat di Bilik Seminar Al- Fansuri, Fakulti Ekologi Manusia. Program telah berlansung pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi yang melibatkan seramai 30 orang peserta secara ‘hybrid’ dan terdiri daripada pegawai akademik dan juga pelajar-pelajar pasca siswazah. Sesi yang julung kali diadakan ini telah disampaikan oleh 2 orang pembentang iaitu YBrs Prof. Madya Dr. Elistina Abu Bakar daripada Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, FEM dengan perkongsian bertajuk “Intention to Visit Muslim-Friendly Hospitals Among Muslim Consumers for Medical Tourism” kedua, Dr. Puvaneswaran Kunasekaran daripada Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia pula, telah berkongsi kertas kerja beliau yang bertajuk “Sustainable Indigenous tourism: A Qualitative Longitudinal Study”.
Objektif sesi perkongsian ini adalah untuk berkongsi hasil pembentangan kertas kerja pegawai akademik yang telah menghadiri seminar atau konferens di luar daripada UPM. Perkongsian ini juga merupakan wadah tambahan bagi menyokong hasrat fakulti agar pemindahan ilmu kepada golongan sasar dapat dilaksanakan dengan lancar. Berita oleh: Encik Abdul Hadi Mohd Rashdi, Pej. Timbalan Dekan (Penyelidikan dam Inovasi), FEM Fotografi oleh: Encik Mohd Aspah Kasim |
Tarikh Input: 22/03/2024 | Kemaskini: 22/03/2024 | aspah.kasim