Oleh: Encik Johar Md. Lajis
SERDANG, 3 Mei 2019 - Fakulti Ekologi Manusia telah menerima kunjungan delegasi dari Bicol University Philippines pada 3 Mei 2019 yang terdiri daripada tiga orang pensyarah dan empat belas orang pelajar.
Lawatan tersebut yang diaturkan oleh Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (COSCOMM) UPM bertujuan untuk mengadakan hubungan kerjasama antara Bicol University Philippines dengan Fakulti Ekologi Manusia.
Taklimat dan penerangan mengenai UPM dan Fakulti Ekologi Manusia telah disampikan oleh YBhg. Prof. Dr. Jayum Jawan berserta empat orang pensyarah daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK).
|
|
|
Tarikh Input: 06/05/2019 | Kemaskini: 15/05/2019 | rozlita