Pengenalan | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKADEMIK » Prasiswazah » Pengenalan

Pengenalan

BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA DENGAN KEPUJIAN

Pengenalan

Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Kepujian (BSPMK) digubal berteraskan falsafah perkembangan dan pembangunan manusia sepanjang hayat merangkumi proses saling interaksi dan transaksi antara manusia dan persekitaran dengan Penciptanya merentasi sistem mikro sehingga makro. Program ini berhasrat melahirkan saintis sosial yang menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup diri, keluarga, komuniti dan ummah sejagat serta kualiti persekitaran.

Matlamat Program

Matlamat program adalah untuk menghasilkan:

  • profesional yang kompeten dalam aspek teori dan praktikal bagi menerajui bidang pekerjaan berkaitan Sains Pembangunan Manusia.
  • profesional yang proaktif dan berwibawa menjalankan penyelidikan yang berimpak dalam bidang Sains Pembangunan Manusia ke arah pencapaian kualiti hidup dan kualiti persekitaran
  • profesional yang menunjukkan ciri kepemimpinan berinovatif, beretika dan mampu menyelesaikan masalah dalam sesebuah organisasi

BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA DENGAN PENGURUSAN (KEPUJIAN)

Pengenalan

Fakulti Ekologi Manusia menawarkan program Major-Minor iaitu Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian) (BSPMPK) hasil gabungan daripada dua bidang iaitu Pembangunan Manusia sebagai Major program dan Pengurusan sebagai Minor program. Penggabungan dua bidang memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembangunan manusia dan mengintegrasikan ilmu berkenaan dalam arena pengurusan. Perubahan di era globalisasi dan industrialisasi serta dunia maya memerlukan sebuah institusi pengajian tinggi yang menjana graduan yang bersifat bukan sahaja pekerja berpengetahuan malah mempunyai kemahiran yang berpadanan dengan transformasi pasaran sumber tenaga negara. Program ini dijangka dapat melahirkan pekerja yang terlatih dalam bidang pengurusan di samping berperanan efektif sebagai insan, ahli keluarga dan ahli dalam masyarakat.

Matlamat Program

Matlamat program adalah untuk menghasilkan:

  • profesional yang kompeten dalam aspek teori dan praktikal bagi menerajui bidang pekerjaan berkaitan Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan.
  • profesional yang proaktif dan berwibawa menjalankan penyelidikan yang berimpak dalam bidang Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan ke arah pencapaian kualiti hidup dan kualiti persekitaran.
  • profesional yang menunjukkan ciri kepemimpinan berinovatif, beretika dan mempunyai keupayaan mengurus dalam sesebuah organisasi.

BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA DENGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (KEPUJIAN)

Pengenalan

Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat (Kepujian) (BSPMTMK) merupakan program Major-Minor yang menekankan kepada kemahiran asas dan teknikal dalam bidang Pembangunan Manusia sebagai Major program dan Teknologi Maklumat sebagai Minor program. Program ini selaras dengan matlamat ke arah sebuah negara maju yang memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi maklumat. Program ini bertujuan membekalkan pelajar dengan gabungan ilmu antara disiplin Sains Sosial Terapan (Pembangunan Manusia) dan Teknologi (Teknologi Maklumat) supaya dapat melahirkan graduan yang lebih versatil, multi dan interdisiplin. Komponen teknologi maklumat dijangka mampu memberi kelebihan kepada para graduan BSPMTM untuk lebih berdaya saing berbanding dengan graduan Sains Sosial lepasan universiti dalam dan luar negara.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan:

  • profesional yang kompeten dalam aspek teori dan praktikal bagi menerajui bidang pekerjaan berkaitan Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat bagi memenuhi keperluan industri dan masyarakat.
  • profesional yang proaktif dan berwibawa menjalankan penyelidikan yang berimpak dalam bidang Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat ke arah pencapaian kualiti hidup dan kualiti persekitaran.
  • profesional yang menunjukkan ciri kepemimpinan berinovatif, beretika dan memanfaatkan teknologi maklumat dalam sesebuah organisasi.

BACELOR PENGAJIAN PENGGUNA DENGAN KEPUJIAN

Pengenalan

Program Bacelor Pengajian Pengguna dengan Kepujian (BPGK) adalah berlandaskan kepada falsafah untuk mewujudkan masyarakat madani yang bermaklumat, bertanggungjawab, beretika dan proaktif terhadap aspek kepenggunaan bagi meningkatkan keadilan pasaran dalam konteks pembangunan lestari ke arah peningkatan kehidupan berkualiti. Bidang Sains Pengguna mengintegrasikan pelbagai disiplin sains tulen dan gunaan seperti Ekonomi dan Perlakuan Pengguna, Pengurusan, Pemasaran, Sains dan Teknologi, Sosio-psikologi, Komunikasi dan Undang-Undang. Program ini menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepenggunaan untuk menjadi penghubung antara pengeluar, pengguna dan pembuat dasar.

Matlamat Program

Matlamat program adalah untuk menghasilkan pegawai yang:

  • Kompeten dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Pengajian Pengguna.
  • Berkebolehan menyelesaikan masalah dalam bidang Pengajian Pengguna.
  • Berkebolehan memimpin/mengetuai aktiviti di dalam sesebuah organisasi.

BACELOR MUZIK DENGAN KEPUJIAN

Pengenalan

Program Bacelor Muzik dengan Kepujian (BMK) mencakupi pelbagai kursus dengan menekankan aspek muzik iaitu persembahan, teknologi muzik, komposisi, dan muzik terapi dengan tujuan melahirkan pemuzik profesional yang berkemahiran dan berpengetahuan. Selain itu, pelajar berpeluang menjadi ahli Orkestra Simfoni, kumpulan muzik klasik atau kontemporari dan koir. Melalui program ini, dapat melahirkan graduan dalam bidang muzik yang bertaraf antarabangsa.

Matlamat Program

Matlamat program adalah untuk menghasilkan graduan yang:

  • Kompeten sebagai pemuzik berpengetahuan tinggi dalam aspek teori dan praktikal berkaitan muzik.
  • Berkebolehan menjalankan penyelidikan dalam bidang muzik.
  • Berupaya menceburkan diri dalam industri muzik dengan beretika dan berintegriti.

Kemaskini:: 19/06/2023 [aspah.kasim]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETWA3~