SUMMER PROGRAMME FEM UPM 2.0 MELABUHKAN TIRAINYA | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » SUMMER PROGRAMME FEM UPM 2.0 MELABUHKAN TIRAINYA

SUMMER PROGRAMME FEM UPM 2.0 MELABUHKAN TIRAINYA

SERDANG, 24 Ogos 2023- Summer Programme FEM UPM 2.0 with Hebei University, China selesai melabuhkan tirainya pada minggu lepas, dimana seramai 13 orang pelajar termasuk dua (2) orang staf yang bertindak sebagai pegawai pengiring kepada pelajar tersebut telah menamatkan program selama 20 hari berada di Malaysia, khususnya di Fakulti Ekologi Manusia , dan sekitar Universiti Putra Malaysia. Program ini juga mendapat kerjasama erat bersama Pusat Antarabangsa (I-PUTRA), UPM dalam memberi khidmat nasihat dan bimbingan berkenaan prosedur dan proses pengendalian program.

 

Program ini juga, mendapat sokongan yang penuh dan melibatkan pensyarah daripada lima (5) jabatan dibawah Fakulti Ekologi Manusia, UPM, iaitu Jabatan Pembangunan Manusia dengan Pengajian Keluarga (JPMPK), Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan (JSKP), Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna (JPSPP), Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK) dan Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia. Sepanjang program ini berjalan, semua pelajar didedahkan dengan budaya , adat resam , agama dan bangsa yang terdapat di Malaysia selain mengikuti modul dan aktiviti yang telah direka bentuk oleh Jawatankuasa Summer Programme FEM UPM 2.0 with Hebei University, China.

Majlis penutupan  program ini , telah berlangsung di Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM. “Program ini, sewajarnya diteruskan, dan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Saya amat berbangga dengan kejayaan FEM menganjurkan program seumpama ini daripada ‘A-Z’ .Mungkin akan ada lagi untuk Summer Programme FEM 3.0! ujar YBhg. Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, Dekan Faukulti Ekologi Manusia dalam ucapan majlis penutup Closing ceremony of Summer Programme FEM UPM 2.0 with Hebei University, China.

Majlis juga turut dihadiri oleh, Ybhg. Prof Dr. Suhaimi Ab Rahman, Pengarah Pusat Antarabangsa (i-PUTRA),  Timbalan-timbalan dekan fakulti, ketua-ketua jabatan serta pensyarah-pensyarah kanan dan staf pelaksana Fakulti Ekologi Manusia. Majlis penutupan berakhir dengan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta program, dan sijil penghargaan kepada wakil Ahli Jawatankuasa Summer Programme FEM UPM 2.0 with Hebei University, China dan disusuli penyerahan hadiah kepada tiga (3) orang peserta terbaik  yang telah memberi komitmen terbaik sepanjang program berlangsung-Habis

Berita oleh: En. Mohd Aspah Kasim (Pej. TDAA HEPA) FEM

Date of Input: 28/08/2023 | Updated: 28/08/2023 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXFDOAj~