Prof. Madya Dr. Clare Chan Suet Ching Lancar Buku Akademik Muzik Suku Mah Meri | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Prof. Madya Dr. Clare Chan Suet Ching lancar buku akademik muzik suku Mah Meri

Prof. Madya Dr. Clare Chan Suet Ching lancar buku akademik muzik suku Mah Meri

SERDANG, 7 Disember 2023– Rasa kagum terhadap budaya Orang Asli membuatkan pensyarah Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Clare Chan Suet Ching berjaya menghasilkan sebuah buku akademik berkenaan muzik suku Mah Meri.

Katanya penerbitan buku berjudul ‘Songs of Ecology, Community, and Indigeneous Values The Mah Meri of Carey Island, Malaysia’ merupakan buku akademik sulungnya berkisar kisah ekologi semula jadi negara daripada lagu-lagu Mah Meri.

“Saya memang jatuh cinta dengan interaksi budaya Orang Asli. Hasil penerbitan buku ini secara tidak langsung dapat melestarikan bidang muzik suku kaum ini kepada negara.

 

“Terkandung dalam buku ini lagu-lagu ini cerita terperinci tentang tingkah laku binatang endemik di Malaysia contohnya seperti lagu yang mengisahkan cara buaya menyerang monyet dengan ekornya.

 

“Kehilangan kisah-kisah berkaitan ekologi semula jadi negara daripada lagu-lagu Mah Meri menjadi petunjuk kepada perubahan landskap negara,” katanya pada Majlis pelancaran buku ini di Fewan Al-Farabi, FEM, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Penerbit UPM, Professor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan berkata buku ini bukan sahaja tentang kisah muzik dan pemuzik, namun ia adalah kisah tentang kemanusiaan.

 

“Lagu-lagu dan muzik yang dicipta oleh pemuzik Mah Meri adalah penjelmaan unik landskap keindahan, persekitaran semula jadi, serta nilai-nilai yang mendalam untuk hidup dalam perpaduan di kalangan rakyat.

“Saya berharap lebih ramai penyelidik akan bersemangat untuk menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan khazanah negara kita,” katanya. -UPM

 

Date of Input: 08/12/2023 | Updated: 13/12/2023 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXFDWAD~