LAWATAN SARAKUP INDU DAYAK SARAWAK (SIDS), TAN SRI DATO EMPIANG JABU | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » LAWATAN SARAKUP INDU DAYAK SARAWAK (SIDS), TAN SRI DATO EMPIANG JABU

LAWATAN SARAKUP INDU DAYAK SARAWAK (SIDS), TAN SRI DATO EMPIANG JABU

SERDANG, 16 Jun 2023 -Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK) , Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia , Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan daripada Barisan Tertinggi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS),Tan Sri Dato Sri Empiang Jabu pada 16 Jun 2023.  

 

Lawatan ini adalah sempena kunjungan SIDS ke Fakulti Ekologi Manusia bagi mengadakan UPM-SIDS Joint Working Committee  Meeting No 10, 2023. Ia juga merupakan hasrat Datuk Prof. Dr. Jayum Anak Jawan , Penyandang Kursi, Tan Sri Empiang Jabu Research Chair (TSEJRC).

Lawatan dimulakan dengan sesi jelajah sekitar MPK. Ketika sesi jelajah MPK, semua wakil SIDS yang diketuai oleh Dato’ Ir Alice Jawan Empaling berpeluang melihat sendiri fasiliti dan juga aktviti pengajaran dan pembelajaran serta program pendidikan awal kanak-kanak di MPK. Kemudianya taklimat berkenaan MPK diwakili oleh barisan Guru Puan Nurhayatul Nira Ramli, Puan Siti Nor Abd. Rahim dan guru-guru serta staf MPK lain turut diadakan.

Wakil SIDS sangat gembira berpeluang melawat ke MPK dan berkongsi maklumat berkenaan program pendidikan awal kanak-kanak di MPK. Mereka berharapan sekiranya boleh diwujudkan kerjasama atau program seumpanya di UPM Bintulu.

Bagi pihak MPK pula sangat berbesar hati menerima lawatan tersebut dan ia membuka peluang untuk membentuk jaringan dan kerjasama terutama dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak selain membantu MPK lebih dikenali oleh pihak luar.

Kunjungan Barisan Tertinggi SIDS ke MPK diakhiri dengan sesi fotografi sebagai kenangan.

Date of Input: 26/06/2023 | Updated: 26/06/2023 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXFDVAS~