Fakulti Ekologi Manusia Dinobat Penerima Anugerah Kebolehpasaran Graduan UPM Tahun 2022 | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Fakulti Ekologi Manusia dinobat penerima Anugerah Kebolehpasaran Graduan UPM Tahun 2022

Fakulti Ekologi Manusia dinobat penerima Anugerah Kebolehpasaran Graduan UPM Tahun 2022

SERDANG, 18 Oktober 2023- Fakulti Ekologi Manusia (FEM), telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kebolehpasaran Graduan Terbaik UPM Tahun 2022 dalam majlis perasmian Karnival Kerjaya & Keusahawanan UPM 2023 yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertempat di Anjung Ilmu, Blok B,  Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

Anugerah Kebolehpasaran Graduan Terbaik UPM Tahun 2022, telah diterima oleh Dekan, Falkulti Ekologi Manusia, YBhg. Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, yang juga merupakan wakil penerima bagi Fakulti Ekologi Manusia. Turut hadir dalam majlis perasmian iaitu, YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail,Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UPM, Pengarah, Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM, iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali @ Hamid dan dif-dif jemputan serta wakil pegawai daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia.


 Berita oleh: En. Mohd Aspah Kasim - Pej. Timbalan Dekan (AAHEPA), FEM

 

Date of Input: 24/10/2023 | Updated: 24/10/2023 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXFDSAJ~