SERDANG, 2 Mac – Bengkel Kompos Mydin-PeTaH 2024, Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna dengan kerjasama Mydin telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Mac 2024 di Makmal Penilaian Produk, Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna, FEM. Seramai 30 orang yang hadir dalam kalangan staf dan peserta PeTaH bagi sesi taklimat ini. Jabatan turut menjemput penceramah jemputan daripada Pusat Pertanian Putra, UPM iaitu En. Khairul Aslim Abdul Rauf untuk memberikan taklimat berkaitan baja kompos daripada pembuangan sisa makanan. Bengkel ini dirasmikan oleh Pengarah program iaitu Prof. Madya Dr. Afida Mastura Muhammad Arif dan dibantu oleh Timbalan Pengarah iaitu Prof. Madya Dr. Zumilah Zainalaludin. Program ini melibatkan komuniti warga emas PeTah bertujuan untuk memberi pendedahan dan menerapkan pengetahuan dan kemahiran pengguna dalam pengurusan sisa pepejal hasil dari dapur dengan mengamalkan kompos. Ianya juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik komuniti setempat supaya lebih prihatin terhadap pencemaran alam sekitar bagi mengurangkan jumlah pembuangan sampah dan memulihara alam sekitar.
Kompos ialah baja organik yang terhasil daripada proses pereputan atau penguraian bahan-bahan organik yang disebabkan oleh interaksi antara mikro-organisma atau bakteria pengurai di dalam bahan organik tersebut. Ia terbahagi kepada bahan hijau (bahan basah dan kaya dengan unsur nitrogen) dan perang (bahan kering dan kaya dengan unsur karbon). Contoh bahan hijau ialah sisa makanan, sisa tanaman, tinja haiwan ternakan, dan hampas teh atau kopi, manakala contoh bahan perang ialah sisa ranting dan dahan, habuk kayu, serta kadbod. Kedua-dua bahan ini memainkan peranan dalam menentukan masa yang diambil untuk menjadi kompos. Secara asasnya, pengkomposan hanya memerlukan timbunan buangan di kawasan luar dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai selama tempoh enam minggu atau lebih. Kaedah kompos boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:
Cara yang mudah untuk melakukan kompos terutamanya dari sisa makanan atau sisa dapur adalah seperti berikut:
Kompos terhasil apabila mendapati sisa organik tidak seperti rupa yang asal dan bertukar kepada warna keperangan, serta jumlahnya susut sehingga 30%. Kompos ini boleh terus digunakan pada tanaman. Pada masa yang sama, kompos dapat mengurangkan beban terhadap alam sekitar dan memastikan bahawa sisa makanan terbuang tidak dijadikan sampah biasa, malah dikembalikan kepada alam sekitar sebagai baja untuk tanaman. “Sayangilah Bumi kita; mari bercucuk tanam agar generasi akan datang dapat menghirup udara yang segar dan percuma.” |
Date of Input: 07/03/2024 | Updated: 21/03/2024 | aspah.kasim