CARA KURANGKAN KALORI DALAM NASI PUTIH, TAMBAHKAN SATU BAHAN INI MASA MASAK | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» ARTIKEL » CARA KURANGKAN KALORI DALAM NASI PUTIH, TAMBAHKAN SATU BAHAN INI MASA MASAK

CARA KURANGKAN KALORI DALAM NASI PUTIH, TAMBAHKAN SATU BAHAN INI MASA MASAK

KATEGORI : RESIPI
SUMBER : MyResipi (myresipi.com)

_____________________________________________________

Bagi anda yang ingin menjalani diet tetapi masih mahu makan nasi putih, boleh ikuti cara kurangkan kalori nasi menerusi perkongsian ini. 

Kalori nasi putih adalah satu masalah utama dalam kalangan rakyat Malaysia moden. Ini kerana, ia merupakan makanan utama di negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan lain-lain. Namun, Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia.

Satu cawan nasi (186 gram) yang dimasak mengandungi kira-kira 242 kalori. Ini merisaukan lagi kerana nasi biasanya merupakan sebahagian daripada hidangan utama yang disertakan dengan pelbagai jenis lauk.

Untuk mengurangkan pengambilan kalori tanpa mengurangkan nasi harian, terdapat cara alternatif yang boleh digunakan. Beras yang mengandungi kanji degil atau resistant starch (RS), tidak dapat dicerna oleh manusia dan tidak diserap dengan cepat.

Kanji ini dimetabolismekan dalam kolon dan membantu pertumbuhan bakteria usus yang sihat. Semakin banyak kanji degil dalam makanan, semakin sedikit kalori yang diserap.

_________________________________________

CARA KURANGKAN KALORI NASI PUTIH, SESUAI UNTUK ANDA YANG NAK BERDIET

Langkah-langkah untuk mengurangkan kalori nasi putih:

  1. Didihkan air mengikut sukatan beras.
  2. Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa.
  3. Masukkan separuh cawan beras.
  4. Selepas dimasak, simpan nasi dalam peti sejuk selama 12 jam.
  5. Kukus nasi sebelum dimakan.

Nasi yang dimasak dengan cara ini mengandungi sekurang-kurangnya 10 kali ganda kanji degil berbanding nasi biasa dan mempunyai 10-15% kalori yang lebih rendah. Dengan beberapa jenis beras, kaedah ini boleh mengurangkan kalori nasi putih sehingga 50-60%.

Molekul lemak dari minyak kelapa membantu mengubah struktur glukosa dalam nasi, menjadikannya lebih tahan penghadaman. Memanaskan semula nasi tidak mengubah tahap kanji degil.

Oleh itu, kaedah ini adalah pilihan yang baik untuk mengurangkan kalori nasi putih. Semoga bermanfaat.

Sumber: The Indian Express

Tarikh Input: 27/02/2024 | Kemaskini: 27/02/2024 | harnita_upm

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEcUA0~