PROGRAM HARI BERSAMA PA FAKULTI EKOLOGI MANUSIA | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » Putra Sarjana September - October Programme

Event Title
PROGRAM HARI BERSAMA PA FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Date
07 Oct 2018 - 07 Oct 2018
Time
08.00 - 12.00
Location
SEKITAR FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg.Prof./Dr./Tuan/Puan, PROGRAM HARI BERSAMA PENASIHAT AKADEMIK (PA) FAKULTI EKOLOGI MANUSIA (FEM) Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa & HEPA) dengan kerjasama Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR FEM) akan menganjurkan Program Hari Bersama Penasihat Akademik (PA) Fakulti Ekologi Manusia (FEM) seperti butiran berikut: Tarikh : 7 Oktober 2018 (Ahad) Masa : 8.00 pagi - 12.00 Tengahari Tempat : Sekitar Fakulti Ekologi Manusia (FEM) Pakaian : Sukan / Riadah Untuk makluman, program berkonsepkan santai dan silaturrahim ini melibatkan semua pelajar Tahun Pertama Sesi 2018/2019 dan semua Penasihat Akademik FEM. Program ini akan dijalankan melibatkan penglibatan para pelajar dan PA secara bersama melalui aktiviti sukan, perbincangan dan ramah mesra. Sehubungan itu, YBhg.Prof/Dr./Tuan/Puan sebagai Penasihat Akademik Pelajar baharu Sesi 2018/2019 adalah dijemput hadir bagi bersama - sama memeriahkan program ini nanti. Di atas kehadiran dan penglibatan YBhg.Prof./Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Updated:: 27/12/2018 [rozlita]

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEcXAA~