Event Title
Program Gotong-royong dan Amalan 5S FEM (Siri 1/2019)
Date
24 Jan 2019 - 24 Jan 2019
Location
ECO 1, Fakulti Ekologi Manusia
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan dijemput hadir ke Program Gotong-royong dan Amalan 5S FEM (Siri 1/2019) seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 24 Januari 2019 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat berkumpul : Dataran, FEM (ECO1)
Pakaian : Sukan @ bersesuaian
Fokus utama program gotong-royong kali ini adalah di persekitaran ECO1, dewan-dewan dan bilik-bilik kuliah fakulti. Ianya adalah sebagai persiapan sempena kemasukan pelajar baharu FEM.
YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan digalakkan membawa peralatan sendiri seperti topi, sarung tangan, tuala kecil dan lain-lain peralatan yang bersesuaian.
Kehadiran serta kerjasama daripada YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Updated:: 18/01/2019 [rozlita]