Bual Bicara Pakar 4.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 04) Bertajuk: Usah Jadikan Ramadan Bulan Pembaziran Makanan | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » Bual Bicara Pakar 4.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 04) bertajuk: Usah Jadikan Ramadan Bulan Pembaziran Makanan

ACTIVITIES

Event Title
Bual Bicara Pakar 4.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 04) bertajuk: Usah Jadikan Ramadan Bulan Pembaziran Makanan
Date
15 Mar 2024 - 15 Mar 2024
Time
10.30 - 11.30
Location
Online
Event Summary
Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Usah Jadikan Ramadan Bulan Pembaziran Makanan

Tarikh : 15 Mac 2024 (Jumaat)
Masa : 10.30-11.30 pagi
Aplikasi : Zoom
Pautan:
https://zoom.us/j/7281715891...
Meeting ID : 728 171 5891
Passcode : BBP04@04

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network dan Tik Tok Live: @macfea

Program ini akan di hoskan oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Exco Macfea
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:
Dr. Shamsul Azahari Zainal Badari
Pensyarah Kanan,
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang dihadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang memberi penekanan dari aspek kepenggunanaan dan masyarakat.
Menurut laporan akhbar bertarikh 12 Mac 2024, kira-kira 22 juta umat Islam di Malaysia yang mula berpuasa hari ini dianggarkan akan berbelanja sekitar RM30 bilion untuk juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini.

Diramalkan daripada jumlah itu, 12 juta orang dijangka berbelanja RM180 juta sehari atau RM5.4 bilion sebulan di bazar Ramadan manakala selebihnya di restoran dan hotel. Situasi ini bukanlah sesuatu yang asing atau baru berlaku apabila bulan Ramadan berkunjung tiba. Saban tahun lambakan pembaziran makanan semakin meningkat. KDEB Waste Management ada memberikan kenyataan bahawa kira-kira 73 tan metrik pembuangan makanan sehari berlaku ketika bulan Ramadan. Bayangkan kalo 30 hari berapa juta tan metrik sisa makanan di hasilkan.

Adalah lebih membimbangkan, rakyat Malaysia sanggup berbelanja ratusan ringgit bagi seorang untuk berbuka puasa di hotel-hotel atau tempat-tempat terkemuka. Adalah menjadi persoalan, di media sosial hangat di perkatakan harga barangan atau juadah berbuka puasa adalah tidak masuk akal mahal. Namun suasana di bazar Ramadan penuh sesak dan hotel-hotel serta restoran penuh.

Pihak kerajaan dan agensi NGO sering membuat hebahan dari aspek advokasi berkaitan perbelanjaan dan pengurusan makanan di bulan Ramadan untuk mengurangkan pembaziran makanan.

Sehubungan itu, adalah wajar perkongsian pada kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan dan kesedaran kepada pengguna/masyarakat berkenaan peningkatan jumlah pembaziran makanan yang berlaku.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.
Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput








Updated:: 14/03/2024 [rozlita]

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEbXA7~