Oleh: Mohd Aspah Kasim
Pejabat Timbalan Dekan
(Akademik, Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Fakulti Ekologi Manusia
SERDANG, 30 Oktober 2021- Taklimat Latihan Industri Semester 2 Sesi 2021/2022 & Kerjasama Persijilan Pengurusan Koperasi dan Pemasaran Digital telah diadakan secara dalam talian dengan penyertaan seramai 215 orang pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada bulan Mac 2022.
Taklimat ini merupakan program anjuran bersama di antara Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar (PKPP), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan rakan senergi Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Taklimat ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Rumaya Juhari (Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Ekologi Manusia dan Dr. Mohammad Mujaheed Hassan (Penyelaras Latihan Industri), Fakulti Ekologi Manusia. Turut hadir, wakil daripada Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar (PKPP) Encik Mohd Isnain Ali (Ketua Bahagian), Encik Bukryman Sabri (Penyelaras PKPP), Encik Affendy Mahmud (Ketua, Seksyen Pembangunan Pelajar PKPP), Puan Nor Habibah (Urus Setia Program), Cik Nur Shazleen (Urus Setia Program) dan wakil dari Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Cik
Norsyeirawani Shari.
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Date of Input: 02/11/2021 | Updated: 02/11/2021 | rozlita