Oleh: Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, FEM
SERDANG, 09 Ogos 2022 - Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT mendapat Anugerah 'Gold Medal' dalam Pertandingan Invention, Innovation & Design On e-Learning (IIDEL) Competition 2022 –bersempena International University Carnival On e-Learning (IUCEL 2022) dari 28-30 Jun 2022, secara dalam talian dianjurkan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Universiti Putra Malaysia (UPM) & MEIPTA.
Tahniah kepada Ketua Projek Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff dan Ahli Bersama iaitu PM Dr Mohd Mahadee Ismail, Pn Sri Rahayu Ismail dan Dr Mohd Sabri Md Nor.
Anugerah disampaikan YH.Prof. Dato’ Dr Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM dengan kehadiran Tetamu istimewa YBhg Dato’ Dr Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi di Hotel SAMA-SAMA KLIA bersamaan 29 Julai 2022.
![]() |
![]() |
Date of Input: 11/08/2022 | Updated: 11/08/2022 | rozlita