Oleh: Rosazizi Abd Rahim
SERDANG, 15 Ogos 2018 - Simulasi Haji Cilik kanak-kanak Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK) yang dijalankan setiap tahun bermula dari tahun 2015 memberi peluang kanak-kanak seawal usia memahami Rukun Islam ke lima dengan mendapat pengalaman secara terus.
![]() |
![]() |
Bertempat di Padang FACE seramai 36 orang kanak-kanak 5 dan 6 tahun mendapat simulasi haji bermula dari memakai ihram, rukun rukun haji hinggalah bertahalul dengan seliaan Ustaz Hafiz dari Pusat Islam dan guru-guru MPK.
![]() |
![]() |
Simulasi dijalankan dengan jayanya dan mendapat kerjasama yang baik dari ibu bapa. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha daripada warga kerja Makmal Perkembangan Kanak-Kanak (MPK).
Date of Input: 16/08/2018 | Updated: 16/08/2018 | rozlita