Oleh: Rosazizi Abd. Rahim
Penyelaras Pentadbiran Makmal Perkembangan Kanak-Kanak, FEM
SERDANG, Selasa 1 September 2020 - Sambutan Kemerdekaan Kanak-kanak Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK) disambut dengan meriah walaupun dijalankan secara sederhana. Tiada perbarisan dan perarakan diadakan bagi memenuhi Prosedur Operasi Standad (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Acara dijalankan di dalam kelas masing-masing antaranya menyanyi lagu patriotik, ikrar Rukun Negara dan acara mengibar jalur gemilang.
|
|
|
|
![]() |
Dua pertandingan telah diadakan bagi menyemarakkan semangat kanak-kanak dengan kerjasama ibu bapa dan staf MPK ia itu Pertandingan Busana Kemerdekaan Kanak-kanak MPK dan Pertandingan Menghias Kelas. Pertandingan Menghias Kelas dimenangi oleh Kelas Comel, Kelas Manja dan Kelas Bijak. Pertandingan diadili oleh Dr Nellie Ismail dan Dr Mohd Najmi Daud pensyarah Jabatan Pengajian Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (JPMPK) dan acara diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia, Prof Madya Dr Zainal Madon, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga. Acara berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Date of Input: 02/09/2020 | Updated: 02/09/2020 | rozlita