Oleh: Encik Johar Md. Lajis
PULAU CAREY, SELANGOR - Fakulti Ekologi Manusia telah mengadakan Program Perkongsian Pintar dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A) Pulau Carey, Selangor pada 16 Mac 2019. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim, Dekan Fakulti Ekologi Manuisa dan turut dihadiri oleh Ahli Pengurusan Fakulti Ekologi Manusia. Guru Besar, Guru-guru, Yang Dipertua PIBG, Pelajar-pelajar UPM, murid-murid sekolah dan ibu bapa. Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A) Pulau Carey, adalah merupakan sekolah angkat Fakulti Ekologi Manusia.
Program Perkongsian Pintar tersebut adalah salah satu Program Jaringan Komuniti fakulti yang diadakan mulai tahun 2018. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan kerjasama Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Fakulti Ekologi Manusia (KKSR), Persatuan Pelajar Fakulti Ekologi Manusia (HESA), Sahabat Masjid UPM dan Pusat Kesihatan UPM. Aktivit yang dijalankan adalah seperti berikut:
Fakulti Ekologi Manusia juga akan membantu pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan UPSR 2019 seperti, kelas motivasi, program Mini Asrama dan membawa calon-calon UPSR ke UPM untuk aktiviti bersama abang dan kakak angkat yang terdiri daripada pelajar-pelajar UPM .
Peruntukan untuk program freemeals dan barang-barang untuk program freemarket seperti pakaian, beg, kasut, permainan kanak-kanak, buku-buku bacaan dan lain-lain adalah sumbangan daripada warga Fakulti Ekologi Manusia.
![]() |
![]() |
![]() |
||
Majlis Perasmian |
||||
![]() |
![]() |
![]() |
||
Penyerahan kerusi/perabot dan buku bacaan sumbangan warga Fakulti Ekologi Manusia | Taman Herba | Program pemeriksaan kesihatan | ||
![]() |
![]() |
![]() |
||
Program freemarket |
Aktiviti bersama murid-murid |
|||
![]() |
||||
Freemeals
|
Date of Input: 18/03/2019 | Updated: 18/03/2019 | rozlita