PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUMBUN (A), PULAU CAREY | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUMBUN (A), PULAU CAREY

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUMBUN (A), PULAU CAREY

Oleh:  Encik Johar Hj. Md. Lajis

 

 

Pulau Carey, 22 September 2018 - Fakulti Ekologi Manusia telah menjalankan Program Perkongsian Pintar Bersama Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A), Pulau Carey sebagai salah satu Program Jaringan Komuniti Fakulti dibawah klaster Pembangunan Orang Asli.

 

Beberapa program aktiviti telah dirancang dalam pengisian program perkongsian pintar tersebut dan diantara yang telah berjaya dilaksanakan ialah Program Mini Asrama Murid UPSR 2018 yang telah diadakan pada 22 hingga 23 September 2018 di Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A), Pulau Carey.

 

Objektif utama Program Mini Asrama tersebut ialah untuk membantu pihak sekolah dalam usaha memberi motivasi dan semangat kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.

 

 

Program yang diketuai oleh Encik Johar Hj. Md. Lajis, Penolong Pendaftar Kanan, Fakulti Ekologi Manusia selaku Ketua Projek bersama 6 orang pelajar dan staf Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah & JINM) dengan kerjasama guru-guru telah mengadakan klinik matapelajaran utama dalam peperiksaan UPSR, motivasi diri agar tenang menjawab peperiksaan disamping program solat hajat dan bacaan yasin. Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan JINM) telah turut hadir pada 22 September 2018 serta  memberi ucapan kepada guru-guru dan murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 27/09/2018 | Updated: 28/09/2018 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEQTAK~