Oleh: Mohd Aspah Kasim Serdang, 25 November 2022- Fakulti Ekologi Manusia (FEM), telah menganjurkan Perkongsian Ilmu bertajuk Urusan Kewangan Fakulti bertempat di Laman FEMBaca (berhadapan kaunter Eco1, FEM). Sesi perkongsian ilmu ini bertujuan untuk membantu staf di kalangan Setiausaha Pejabat, Pembantu Setiausaha Pejabat dan Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) memahami prosedur dan kaedah urusan kewangan rasmi fakulti selain memberi input berkaitan tatacara urusan perolehan, urusan tuntutan, dan segala urusan berkaitan kewangan di Fakulti Ekologi Manusia (FEM) dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM)
|
Date of Input: 25/11/2022 | Updated: 25/11/2022 | aspah.kasim