Pelantikan Sebagai CEO@PTJ Di Fakulti Ekologi Manusia Bagi Sesi 2024-2025 | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Pelantikan Sebagai CEO@PTJ di Fakulti Ekologi Manusia Bagi Sesi 2024-2025

Pelantikan Sebagai CEO@PTJ di Fakulti Ekologi Manusia Bagi Sesi 2024-2025

Oleh:  Puan Harnita Abd Wahab
           Pejabat Pentadbiran, FEM

 

 

 

Seri Kembangan, 8 Mei 2024 – Satu sesi serahan surat lantikan CEO@PTJ dan perbincangan ringkas telah dijalankan bersama Encik Mohd Norashedy Ab Rashid, Ketua Pegawai Eksekutif Usaha Jana Sdn Bhd, yang telah dilantik sebagai CEO@PTJ bagi Fakulti Ekologi Manusia bagi tempoh satu (1) tahun bermula 1 April 2024 hingga 31 Mac 2025.  Sesi ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, Dekan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.  Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Zainal Madon, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri dan Masyarakat), Puan Nurhanisah Sadun, Ketua Pentadbiran Fakulti dan Encik Zamre Yaacob, Pegawai Tadbir di Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri dan Masyarakat).



Pelantikan CEO@PTJ antaranya adalah bertujuan untuk dapat berkongsi pengalaman dan bimbingan kepada pelajar dan pensyarah universiti selain daripada membantu dalam hal-hal seperti pengembangan pendidikan untuk memastikan kesesuaian pembelajaran dan kriteria adalah mengikut acuan dan keperluan industri. Program ini dijangka akan merapatkan jurang dan sekali gus memperkukuhkan hubungan industri dan akademia dan seterusnya dapat merealisasikan usaha integrasi dan sinergi di antara pemimpin industri dengan pihak universiti.

 

 

Objektif utama program ini adalah seperti berikut:

  • CEO menjadi ikon kepada pelajar dan fakulti;
  • Membangunkan integrasi dan sinergi kerjasama di antara pakardari industri dengan penyelidik dan pelajar di Universiti;
  • Meningkatkan pendedahan industri kepada pelajar dan warga fakulti;
  • Merekrut dan membangun bakat terbaik terutama dalam kalangan pelajar untuk pengamal industri dengan menunjukkan laluan kerjaya pelbagai balapan;
  • Meningkatkan visibiliti bagi kolaborasi kerjasama di antara industri dan Universiti;

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 14/05/2024 | Updated: 14/05/2024 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXFcDAG~