Pelaksanaan Projek Jaringan Komuniti ‘Remaja Perkasa’ 2019 | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Pelaksanaan Projek Jaringan Komuniti ‘Remaja Perkasa’ 2019

Pelaksanaan Projek Jaringan Komuniti ‘Remaja Perkasa’ 2019

Oleh: Dr. Nik Ahmad Sufian Burhan
         Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan



SERDANG, 13 November 2019 -
 Pada 7 November 2019, Program Remaja Perkasa dengan tema “Yakin Diri Mencapai Impian” telah dijalankan buat julung kalinya di Sekolah Kebangsaan Bedong, Kedah. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun enam tentang cabaran alam remaja masa kini. Projek ini diketuai oleh Dr. Nik Ahmad Sufian Burhan dari Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama pihak pengurusan SK Bedong. Turut hadir menjayakan program adalah Dr. Mohd Najmi Daud dari Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia.

Seramai 100 orang murid tahun enam terlibat dalam program ‘Remaja Perkasa’ ini. Bertempat di Dewan Al-Marbawi SK Bedong, program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Encik Che Rosli Ibrahim, Guru Besar SK Bedong, dan Encik Cik Ani, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Kemudian, satu taklimat ringkas disampaikan oleh Dr. Nik Ahmad Sufian Burhan untuk memperkenalkan Program Remaja Perkasa kepada guru dan murid. Program diteruskan dengan ceramah motivasi bertajuk “Yakin Diri Mencapai Impian” yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Adib Anas Md Noor yang merupakan Ketua Penerangan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Dalam ceramah beliau, Encik Mohd Adib menyentuh isu karakter remaja, adab serta ketrampilan diri. Beliau juga menyentuh tentang kemahiran pengucapan awam dan kepentingan penguasaan bahasa inggeris dalam kehidupan hari ini.


 
     
     
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 14/11/2019 | Updated: 14/11/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETTAa~