Oleh: Ain Nisrin Adnin
SERDANG, 28 Jun - Meraikan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal sememangnya dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam. Setelah sebulan berpuasa, umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai satu tanda kemenangan.
Pada tahun ini, Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) Fakulti Ekologi Manusia telah menganjurkan "Majlis Tautan Kasih Aidilfitri FEM 2019" pada 28 Jun 2019 (Jumaat) bertempat di Dewan Seminar, Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia. Semua pensyarah, staf dan mantan Fakulti Ekologi Manusia juga turut dijemput hadir.
Antara atur acara majlis adalah ucapan daripada Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim, Dekan Fakulti Ekologi Manusia dan Prof. Madya Dr. Zainal Madon selaku Pengerusi Kelab KKSR. Majlis juga turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah, sesi bergambar mengikut jabatan dan nyanyian lagu raya daripada pensyarah dan staf fakulti.
Pengacara majlis untuk program ini diketuai oleh Dr. Abdul Razak Abdul Rahman, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan.
Selain itu, majlis juga turut menyampaikan cenderamata kepada empat (4) orang bakal Haji Tahun 2019 iaitu Prof. Dr. Zaid Ahmad, Prof. Dr. Asnarulkhadi Abu Samah, Prof. Madya Dr. Mariani Mansor dan Dr. Azlina Mohd Khir. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"
DARIPADA KELAB KEBAJIKAN, SUKAN DAN REKREASI (KKSR), FAKULTI EKOLOGI MANUSIA, UPM
![]() |
![]() |
![]() |
||
Ahli Pengurusan FEM |
|
KKSR |
|
Pejabat Pentadbiran |
![]() Pejabat TD (AA) |
![]() Pejabat TD (PSJIM) |
![]() Pejabat TD (PI) |
||
JPMPK |
JSKP |
JPSPP |
||
JPKK |
Jab. Muzik |
FACE |
Date of Input: 04/07/2019 | Updated: 04/07/2019 | rozlita