Majlis Meraikan Graduan Edisi 2022 Meriah Di Fakulti Ekologi Manusia | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Majlis Meraikan Graduan edisi 2022 meriah di Fakulti Ekologi Manusia

Majlis Meraikan Graduan edisi 2022 meriah di Fakulti Ekologi Manusia


Oleh: Mohd Aspah Kasim

Foto oleh: Mohd Fadliey Arshad

SERDANG, 1 Disember 2022- Fakulti Ekologi Manusia (FEM), telah mengadakan sambutan Majlis Meraikan Graduan 2022 bertempat di Dewan Seminar Al-Farabi, FEM. Sambutan majlis ini adalah acara tahunan yang  diadakan sempena Sambutan Majlis Konvokesyen UPM saban tahun. Objektif sambutan majlis meraikan graduan ini, adalah bagi meraikan graduan Fakulti Ekologi Manusia di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.

Majlis Meraikan Graduan FEM 2022,  telah dihadiri oleh Dekan Fakulti Ekologi Manusia, YBhg. Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, YBhg. Prof. Dr. Rumaya Juhari , Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Zainal Madon, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Madya Dr. Hanina Halimatussaadiah Hamsan, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), dan juga ahli pengurusan fakulti, pegawai-pegawai akademik, dan penaja-penaja hadiah Fakulti Ekologi Manusia.

Majlis meraikan graduan pada kali ini, meraikan sebahagian 269 orang graduan Fakulti Ekologi Manusia yang telah bergraduat pada Sesi konvokesyen UPM Kali Ke-46 (Sidang 2)  meliputi seramai 231 orang daripada program Bacelor, 22 orang (Program Master) dan 16 orang (Doktor Falsafah).

Dekan Fakulti Ekologi Manusia, YBhg. Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, melalui ucapan aluan beliau, “bukan nilai wang ringgit yang menjadi ukuran, tetapi keikhlasan serta kesungguhan anda untuk terus menyumbang bakti kepada UPM khususnya Fakulti Ekologi Manusia amat – amat kami hargai. Saya juga yakin bahawa jalinan kerjasama yang erat ini mampu diperluaskan lagi di masa depan dalam usaha membantu memperkasakan UPM sebagai sebuah universiti bereputasi antarabangsa”.

Bermula pada detik ini, maka bermulalah status para graduan semua sebagai Alumni Fakulti Ekologi Manusia UPM Kelas 2022 serta Duta Fakulti Ekologi Manusia di mata dunia. Apa jua yang bakal anda lakukan selepas ini akan mencerminkan nilai serta keperibadian anda sebagai graduan UPM khususnya graduan FEM. Bawalah nilai–nilai murni, sikap profesionalisme serta tahap integriti yang tinggi apabila melangkah ke alam kerjaya kelak, tambah beliau lagi.

Sesungguhnya, graduan UPM bukan sahaja merupakan aset intelektual universiti semata – mata malah merupakan modal insan yang mempunyai peranan yang amat penting ke arah perkembangan universiti yang mampan. Ucapan syabas dan tahniah kepada semua graduan FEM.

Date of Input: 02/12/2022 | Updated: 05/12/2022 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdPAe~