Oleh: Encik Johar Md. Lajis
SERDANG, 2 Mei 2019 - Fakulti Ekologi Manusia telah menerima kunjungan delegasi dari Sunan Kalijaga State Islamic University, Indonesia pada 2 Mei 2019 yang diketuai oleh Dr. Achmad Uzair, Pengarah, Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa beserta Dekan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FISHUM), Dekan, Fakulti Dakwah dan komunikasi (FDK), lima orang pensyarah dan empat belas orang pelajar. Sunan Kalijaga State Islamic University, Indonesia merupakan sebuah Universiti Islam Awam yang tertua dan terulung di Indonesia sejak penubuhannya pada tahun 1951.
YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim, Dekan Fakulti Ekologi Manusia berserta beberapa orang ahli Pengurusan Fakulti dan wakil-wakil jabatan telah mengadakan perbincangan dengan delegasi untuk mengadakan hubungan kerjasama antara Fakulti Ekologi Manusia dengan Sunan Kalijaga State Islamic University, Indonesia.
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Date of Input: 06/05/2019 | Updated: 15/05/2019 | rozlita