Oleh: Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff
![]() |
SERDANG, 31 Julai – Pensyarah Kanan dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff telah memenangi satu emas, dua perak dan satu gangsa di Pertandingan Inovasi Pembelajaran (PIP) 2019 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Muadzam Shah, UUM yang diadakan dari 30-31 Julai 2019.
Pingat emas dimenangi melalui projek I-DAN Cakna Peradaban Malaysia Dalam Kursus Wajib Universiti IPT bersama Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian UPM, Dr. Rozihan Mohamed dan guru Sekolah Menengah Cyberjaya, Puan Noralina Ali. Manakala pingat perak dimenangi melalui projek Aplikasi Mobile ARTitas Dalam E-Pembelajaran Berimpak Tinggi dan projek Pengajaran Transformatif Tanpa Syarahan Melalui ‘Flipped Classroom’, ‘Gamifikasi’ dan ‘Peeragogi’. Pingat gangsa pula dimenangi En. Johan Ismail bersama Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff & Dr Rozihan Mohamed melalui projek Prototype Augmented Reality Embeded Course Module.
|
|
|
Date of Input: 06/08/2019 | Updated: 06/08/2019 | rozlita