leh: Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, FEM
SERDANG, 17 Nov. 2021 - Karnival Pengajaran dan Pembelajaran Putra InnoCreative (PicTL) berjaya dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Akademik (CADe) bermula 21-28 Okt 2021, yang bertujuan meningkatkan budaya inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan warga pendidik dan pelajar serta memartabatkan kualiti akademik demi kecemerlangan pendidikan tinggi negara.
Alhamdulillah pada semua team terlibat dan berjaya. Moga menguatkan semangat mendidik dengan kepelbagaian pendekatan inovasi terkini dan futuristik. Saya ingin merakamkan tahniah terutama YBhg Dekan FEM Prof Fazli Sabri, ahli Fakulti Ekologi Manusia, UPM, UPMKB serta KPM (Pejabat Nazir).
Insyallah kita bertemu lagi dalam PIcTL 2022. Penghargaan tidak terhingga kepada ahli terlibat antaranya Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Dr Rozihan Mohamed, En Johan Ismail, Prof Mohd Fazli Sabri, PM Dr Ratna Roshida Ab Razak, PM Dr Mahadee Ismail, Dr. Nur Ayuni Mohd Isa, Noralina Ali serta PM Dr Mohd Maulana Magiman.
![]() |
![]() |
Date of Input: 17/11/2021 | Updated: 17/11/2021 | rozlita