'JOME' Competition In Conjunction With The Sports Day Of The Faculty Of Human Ecology (HSFEM) 8th Series (July 20, 2022) | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » 'JOME' competition in conjunction with the Sports Day of the Faculty of Human Ecology (HSFEM) 8th Series (July 20, 2022)

'JOME' competition in conjunction with the Sports Day of the Faculty of Human Ecology (HSFEM) 8th Series (July 20, 2022)

 

SERDANG, 20 Julai 2022 -  Fakulti Ekologi  Manusia dengan kerjasama pihak penganjur JOME (kad -permainan inovasi UPM) daripada Kampus Bintulu, UPM telah mengadakan Pertandingan JOME peringkat fakulti (Edisi Staf) di Dewan Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.  

Pertandingan ini telah mendapat penyertaan lebih daripada 30 orang peserta daripada staf Fakulti Ekologi Manusia. Pertandingan juga turut diserikan lagi dengan kehadiran Ybhg. Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri , Dekan Fakulti Ekologi Manusia yang juga sempat meluangkan masa beramah mesra bersama pihak penganjur dan peserta pertandingan.

JOME ialah kad-permainan hasil inovasi UPM (Pengajaran & Pembelajaran) yang menggabungkan kaedah permainan sosial, strategi dan kompetitif. Pemain mengumpul kad trofi dengan memenangi cabaran daripada pemain lain. Format permainan adalah dimainkan secara individu dan berkumpulan dan peserta yang mengumpul markah tertinggi akan menjadi juara dalam permainan JOME.

Pertandingan JOME ini, telah dikendalikan oleh pihak penganjur yang terdiri daripada 4 orang ahli iaitu, Encik Johan Ismail (Pengasas/ Founder JOME), Dr. Nurdiayana Ahmad Denil (Ketua Pegawai Ekeskutif , Dr. Haji Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Operasi dan Dr. Rohizan Moahmed (Ketua Pegawai Teknikal). Peserta yang bertanding telah memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya, hamper Juara, kad JOME, selain acara cabutan bertuah dan penjualan kad JOME kepada peserta yang hadir. - habis

Oleh: Encik Mohd Aspah Kasim /JKLamanWeb@fem

Date of Input: 21/07/2022 | Updated: 22/07/2022 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEXOAR~