Forum Dan Pelancaran Buku ‘Pembangunan Kontemporari Orang Asli’ | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Forum dan Pelancaran Buku ‘Pembangunan Kontemporari Orang Asli’

Forum dan Pelancaran Buku ‘Pembangunan Kontemporari Orang Asli’

 Oleh:  Dr. Mohd Roslan Rosnon 
            Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan     
          
 

SERDANG - Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia telah menganjurkan Forum dan Pelancaran Buku Pembangunan Kontemporari Orang Asli suntingan Prof. Madya Dr Sarjit S. Gill dan Dr Mohd Roslan Rosnon pada 8 November 2018 yang lalu dan telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Forum dan Pelancaran Buku ini telah dihadiri hampir 150 orang peserta yang terdiri YBhg. Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPM, YB Senator Dato’ Isa Bin Abd. Hamid, Ahli Dewan Negara – Mewakili Masyarakat Orang Asli, YBhg. Tuan Ajis Bin Sitin, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), YBrs. Puan Nor Azila Azmi, Wakil Ketua Penerbit Universiti Putra Malaysia, YBhg. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin Pengarah, Institut Kajian Etnik (Kita) – Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Datuk Baharin Idris, Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, ahli akademik, NGO, pihak media dan juga pelajar.

Program di mulakan dengan Forum Khas berjudul “Mengurus Pembangunan Masyarakat Orang Asli’ yang dikendalikan oleh Dr Mohd Roslan Rosnon dan 4 orang panel iaitu YB Senator Dato’ Isa Bin Ab. Hamid (Ahli Dewan Negara - Masyarakat Orang Asli), Prof. Madya Dr. Rohaida Nordin (Universiti Kebangsaan Malaysia), YBhg.Tuan Ajis b. Sitin (Ketua Pengarah, JAKOA) dan Sdri. Zanisah Man (Universiti Kebangsaan Malaysia). Forum ini mengupas isu-isu semasa berkenaan pembangunan masyarakat Orang Asli. Kemudian, program di terukan dengan pelancaran buku.

Buku Pembangunan Kontemporari Orang Asli ini mengandungi 14 bab yang ditulis oleh pakar dalam bidang sains sosial. Masyarakat Orang Asli merupakan penduduk pribumi yang telah mengalami pelbagai proses perubahan sejak sebelum merdeka dan sehingga kini. Perubahan tersebut telah memberi banyak impak sama ada dari sudut positif ataupun negatif dalam kehidupan harian masyarakat Orang Asli. Pelbagai dasar juga telah direncana untuk membawa masyarakat minoriti agar dapat turut bersama menikmati pembangunan seperti mana yang dinikmati oleh masyarakat arus perdana yang lain di Malaysia. 

Buku ini telah menghimpun pelbagai kajian dan pengkaji mengenai masyarakat Orang Asli. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sarjana dan penyelidik yang telah menyumbang buah fikiran mereka untuk merealisasikan penerbitan buku ini. Selain UPM, penyumbang bab buku ini adalah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Semoga jaringan akademik ini akan memberi kekuatan untuk memperkasa bidang pengajian minoriti di Malaysia.

Semoga penerbitan buku ‘pembangunan kontemporari orang asli’ ini memberi satu perspektif baharu kepada pembaca untuk memahami dan menilai isu pembangunan kontemporari masyarakat Orang Asli. Semoga ia juga dapat mencetuskan minat dalam kalangan penyelidik dan pembuat dasar bukan saja untuk mendalami isu malah meneliti saranan yang telah diketengahkan untuk memajukan masyarakat Orang Asli selaras dengan agenda kerajaan mencapai Wawasan 2020 pada tahun 2025. Buku ini akan memberi banyak manfaat kepada pemimpin NGOs, ahli politik dan pelajar universiti.

 

   

 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 16/11/2018 | Updated: 16/11/2018 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETPAS~