Congratulations Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff For The Silver Medal Win In The 'K-Novation Teaching And Learning Competition 4.0: Future Progress Graduate 2018' Organized By UKM. | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Congratulations Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff for the Silver Medal win in the 'K-Novation Teaching and Learning Competition 4.0: Future Progress Graduate 2018' organized by UKM.

Congratulations Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff for the Silver Medal win in the 'K-Novation Teaching and Learning Competition 4.0: Future Progress Graduate 2018' organized by UKM.

UKM, Bangi - Fakulti Ekologi Manusia mengucapkan setinggi tahniah kepada Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff yang telah memenangi pingat perak dalam 'Pertandingan k-inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan 4.0: Graduan Kalis Masa Depan 2018'.



Pertandingan ini adalah anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah diadakan pada 17 dan 18 Januari 2018 lalu bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM, Bangi dengan Tajuk: 'Pengalaman Pembelajaran Teknologi Imersif Maya & Web 2.0 Alaf 21 Untuk Kursus-Kursus Universiti/MPU.



ABSTRAK

Teknologi imersif merupakan teknologi yang menggabungkan  sempadan antara dunia realiti  dengan dunia digital atau dunia simulasi. Pensyarah atau pelajar berupaya merasakan suasana yang sama dengan dunia nyata. Pada awalnya Teknologi Imersif ini diaplikasikan dalam bidang perindustrian yang menarik jutaan pengguna seperti dalam indusri hiburan, muzik, filem, video, penceritaan interaktif, ketenteraan, kedoktoran dan perubatan, permainan (games), sukan dan sebagainya. Di Malaysia kebiasaanya rakyat dapat melihat menerusi kaca mata televisyen. Ada peralatan teknologi (televisyen), pembaca berita dan bahan yang disampaikan. Penonton dapat menyelami, merasai seolah-olah berada di lokasi kejadian semasa berita yang disampaikan berkaitan banjir, tanah runtuh, kemalangan jalan raya dan sebagainya. Sedangkan penonton tidak berada di lokasi kejadian. Maka teknologi Emersif ini jika dikaitkan dengan pendidikan yang berasaskan eLearning secara ‘online’, visual, e-maya dan bersifat interaktif serta kolaboratif antara pelajar dengan pensyarah, pensyarah dengan pelajar, dan pelajar sesama pelajar sama ada dalam bilik kuliah atau di luar bilik kuliah. Aplikasi pula boleh dikategorikan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, aktiviti bersama pelajar dan penilaian yang lebih afektif. Teknologi web 2.0 antara contoh terbaik yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran secara e-maya. Antara pengalaman penggunaan ini yang diamalkan di UPM dan boleh dikongsi bersama Universiti lain seperti aplikasi zoom.us, Big Blue Button, video, youtube, beserta dengan fungsi Web 2.0 dalam menjana aktiviti agar lebih menarik minat pelajar tanpa melibatkan kos tertentu, pendaftaran percuma dan mudah diakses seperti aplikasi kahoot, quizziz, quizlet live, quizazz, emaze, issuu, youblisher, panopto dan lain-lain.

Date of Input: 22/01/2018 | Updated: 22/01/2018 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdNAD~