BSPMK, BSPMPK And BSPMTMK Curriculum Review Document Refinement Workshop, Faculty Of Human Ecology (FEM), UPM | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » BSPMK, BSPMPK and BSPMTMK Curriculum Review Document Refinement Workshop, Faculty of Human Ecology (FEM), UPM

BSPMK, BSPMPK and BSPMTMK Curriculum Review Document Refinement Workshop, Faculty of Human Ecology (FEM), UPM

 

SERDANG, 21 Julai 2022- Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa & HEPA), Fakulti Ekologi Manusia, UPM telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dokumen Semakan Semula Kurikulum BSPMK, BSPMPK dan BSPMTMK, Fakulti Ekologi Manusia di Dewan Al-Farabi, FEM. 

Bengkel ini, bertujuan untuk memberikan panduan serta kefahaman berkaitan pemurnian dokumen semakan kurikulum di samping untuk dijadikan rujukan dan panduan bagi proses semakan kurikulum program akan datang di FEM. Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Amir Affan Abdul Azim,  Pensyarah Kanan, daripada Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM.

Perkongsian dan maklumat daripada penceramah bengkel telah memberi pelbagai input kepada wakil daripada setiap jabatan yang hadir. Sesi soal jawab juga telah memberi ruang dan peluang kepada wakil jabatan untuk lebih memahami dan mendapat pencerahan yang tepat berkaitan proses semakan kurikulum dan apa yang diperlukan dalam semakan- habis - 

Oleh: Encik Mohd Aspah Kasim /JKLamanWeb@fem

Date of Input: 21/07/2022 | Updated: 22/07/2022 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
BVJZEA2:04:19