Oleh: Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia
![]() |
SERDANG, 26 Ogos - Fakulti Ekologi Manusia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pensyarah kanan dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff (Ketua), Prof. Madya Dr. Adlina Hj. Ab. Halim, Dr. Arfah Ab. Majid, Dr. Normala Othman, Nashrina Shamir dan Noralina Ali yang telah memenangi 1 Emas, melalui projek Penglibatan Aktif Pelajar & Penambahbaikan Kualiti Pengajaran Dalam Bilik Kuliah Menerusi Teknologi QR Code dan Aktiviti Gamifikasi Berasaskan Kuiz ‘Online’& ‘Offline’ dan memenangi 1 Perak yang diketuai oleh Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Noralina Ali, Rozihan Mohamaed dan Johan Ismail, melalui projek Pembangunan ‘Boards Games Explorer’ PUTRA GLOBAL-T4-IMIC-GAME (PT4) Menggunakan Augmented Reality dan Gamifikasi Untuk Kursus Wajib Universiti IPT di Pertandingan ‘International University Carnival On E-Learning (IUCEL) 2019 anjuran MEIPTA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), UNIMAS dan MyCel, yang diadakan dari 21-22 Ogos 2019 di Dewan DeTAR UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak.
2 Pingat Emas lagi turut dimenangi Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff melalui projek bersama dengan En Johan Ismail, Nurdiyana Ahmad Denil, Rozihan Mohamed, Sheena Bidin, PM Dr. Yusmadi Yah Jusoh dan Dr. Shiamaa Dewi Ramaiya melalui tajuk Design And Development Of Prototype Mobile Application Integerated With Augemented Reality To Enhance Student Learning Experience. 1 lagi pingat emas projek Bersama Dr Nurdiyana Ahmad Denil, Johan Ismail, Sheena Bidin, PM Dr Yusmadi Yah Jusoh, Nur Eliza Abdul Rahman dan Audrey Grace Anak Intai melalui projek Innovative Pedagogy By Using Knowledge Clips To Enhance Student Learning Experience. Keseluruhan Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff telah berjaya memenangi 3 Emas, dan 1 Perak. Syabas dan tahniah semua.
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 26/08/2019 | Updated: 26/08/2019 | rozlita