Sejarah Fakulti Ekologi Manusia | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat » Sejarah Fakulti Ekologi Manusia

Sejarah Fakulti Ekologi Manusia

 

   

Maklumat Am

Fakulti Ekologi Manusia (FEM) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 April 1992 melalui percantuman Jabatan Pengajian Pembangunan Manusia, Fakulti Pertanian dengan Jabatan Sains Kemasyarakatan, Fakulti Pengajian Pendidikan. Empat jabatan telah diwujudkan iaitu Jabatan Pengajian Pembangunan Keluarga, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, dan Jabatan Pengajian Pembanguan Sosial.

Sebagaimana namanya, Fakulti Ekologi Manusia memberi fokus kepada manusia yang menjadi tonggak kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Sebagai sebuah fakulti berasaskan sains sosial, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan khidmat profesional adalah bermatlamatkan kepada peningkatan kesejahteraan individu, keluarga, dan komuniti.

Bagi menyahut cabaran universiti penyelidikan, FEM bergiat meningkatkan aktiviti penyelidikan dan penerbitan. Walaupun Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) adalah penyumbang utama dana penyelidikan, sumber dana lain seperti kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya tidak kurang pentingnya. Dapatan penyelidikan  dikongsi dan disebarkan melalui pembentangan dalam seminar, persidangan, bengkel dan yang paling utama adalah melalui penerbitan jurnal, buku, dan sebagainya.

Kini FEM mempunyai lima jabatan iaitu Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Jabatan Muzik dan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan. Fakulti juga mempunyai kumpulan penyelidikan iaitu Penggunaan Lestari (SCoRE) dan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE).

 

Kemaskini:: 03/08/2022 [aspah.kasim]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.9769 7051
03.8943 5385
BVMIAAf~