Ucapan Tahniah & Penghargaan Penerimaan Geran Penyelidikan Bagi Tahun 2022 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Ucapan Tahniah & Penghargaan Penerimaan Geran Penyelidikan Bagi Tahun 2022

Ucapan Tahniah & Penghargaan Penerimaan Geran Penyelidikan Bagi Tahun 2022


Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera semua,

YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Sukacitanya, Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), FEM mewakili Pengurusan FEM dan warga FEM keseluruhannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ketua projek :

  1. Mohd Roslan Rosnon (JSKP) di atas kejayaan memperoleh Geran Swasta (Pertubuhan Resiliensi Komuniti Malaysia - CReAM), bertajuk :  Pelaksanaan Pembentukan Pelan Tindakan Halatuju NGO Dalam Agenda Perpaduan  bermula pada 20 Julai 2022 sehingga 21 Januari 2023 berjumlah RM47,500.00.

 

  1. Puvaneswaran Kunasekaran (JSKP)  di atas kejayaan memperolehi Geran Swasta (Pertubuhan Resiliensi Komuniti Malaysia - CReAM), bertajuk :  Pelaksanaan Penilaian Dan Kebolehlaksanaan Pembentukan Halatuju NGO Dalam Agenda Perpaduan Negara bermula pada 20 Julai 2022 sehingga 21 Januari 2023 berjumlah RM95,000.00. 

Pihak fakulti merakamkan setinggi tahniah di atas kejayaan ini dan selamat maju jaya. Moga kejayaan dan kecemerlangan sentiasa bersama FEM.

 

JKLamanWeb@fem

Tarikh Input: 25/07/2022 | Kemaskini: 25/07/2022 | aspah.kasim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEZCAF~