Serdang, 18 Julai - Fakulti Ekologi Manusia telah mengadakan Tun Abdul Razak Special Seminar yang bertajuk Malaysia-US-China Relations under the Trump and Xi Administrations.
Seminar ini buat julung-julung kalinya diadakan dengan menjemput Penolong Profesor dari American University, USA iaitu Heng Pek Koon. Moderator bagi seminar ini adalah YBhg. Prof Dr. Jayum A. Jawan yang juga merupakan penyandang Kursi Tun Abdul Razak ke 15 di Universiti Ohio, USA.
Turut hadir, Dekan Fakulti Ekologi Manusia, pensyarah-pensyarah, staf dan pelajar FEM.
Tarikh Input: 20/07/2017 | Kemaskini: 20/07/2017 | rozlita