Taklimat Pertama Latihan Industri, FEM Memberi Kefahaman Jelas Berkaitan Pelaksanaan LI Kepada Pelajar | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Taklimat Pertama Latihan Industri, FEM memberi kefahaman jelas berkaitan pelaksanaan LI kepada pelajar

Taklimat Pertama Latihan Industri, FEM memberi kefahaman jelas berkaitan pelaksanaan LI kepada pelajar

Oleh: Mohd Aspah Kasim
Foto Oleh: Mohd Aspah Kasim/Mohd Fadliey Arshad


Serdang,  04 November 2022 - Fakulti Ekologi Manusia , melalui Jawatankuasa Latihan Industri (JKLI) FEM, telah mengadakan Taklimat Pertama Latihan Industri (LI) Pelajar bagi Semester Kedua Sesi 2022/2023. Taklimat ini adalah salah satu proses dalam pelaksanaan LI, iaitu pelajar diberikan penerangan berkaitan Takwim LI, tanggungjawab pelajar, dan segala maklumat berkaitan LI sebelum tarikh pelaksanaan LI.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Gs. Ts. Dr. Mohammad Mujaheed Hassan, Penyelaras Latihan Industri (FEM) bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Ekologi Manusia (DKFEM 1) selama lebih kurang 2 jam bermula 9 pagi telah dihadiri oleh 205 orang pelajar dikalangan tahun akhir , Fakulti Ekologi Manusia. Taklimat juga telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Rumaya Juhari, Timbalan Dekan Akademik, Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (AA HEPA), FEM.

Taklimat pertama adalah persediaan awal bagi memberi kefahaman kepada pelajar berkenaan proses memilih dan mencari tempat penempatan LI yang sesuai dengan program pengajian mereka. Selain itu, taklimat kedua dijangkakan akan diadakan pada bulan januari tahun hadapan.

Tarikh Input: 05/11/2022 | Kemaskini: 05/11/2022 | aspah.kasim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEYGAY~