Taklimat Latihan Industri Semester 2 Sesi 2021/2022 & Kerjasama Persijilan Pengurusan Koperasi Dan Pemasaran Digital | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Taklimat Latihan Industri Semester 2 Sesi 2021/2022 & Kerjasama Persijilan Pengurusan Koperasi dan Pemasaran Digital

Taklimat Latihan Industri Semester 2 Sesi 2021/2022 & Kerjasama Persijilan Pengurusan Koperasi dan Pemasaran Digital


Oleh:  Mohd Aspah Kasim

           Pejabat Timbalan Dekan
          (Akademik, Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
          Fakulti Ekologi Manusia

 



SERDANG, 30 Oktober 2021- Taklimat Latihan Industri Semester 2 Sesi 2021/2022 & Kerjasama Persijilan Pengurusan Koperasi dan Pemasaran Digital telah diadakan secara dalam talian dengan penyertaan seramai 215 orang pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada bulan Mac 2022.

Taklimat ini merupakan program anjuran bersama di antara Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar (PKPP), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan rakan senergi Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Taklimat ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Rumaya Juhari (Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Ekologi Manusia dan Dr. Mohammad Mujaheed Hassan (Penyelaras Latihan Industri), Fakulti Ekologi Manusia. Turut hadir, wakil daripada Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar (PKPP) Encik Mohd Isnain Ali (Ketua Bahagian), Encik Bukryman Sabri (Penyelaras PKPP), Encik Affendy Mahmud (Ketua, Seksyen Pembangunan Pelajar PKPP), Puan Nor Habibah (Urus Setia Program), Cik Nur Shazleen (Urus Setia Program) dan wakil dari Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Cik
Norsyeirawani Shari.

 

 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 02/11/2021 | Kemaskini: 02/11/2021 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEURAw~