Taklimat Kedua Latihan Industri Bantu Persediaan Sebelum Menjalani LI | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Taklimat Kedua Latihan Industri bantu persediaan sebelum menjalani LI

Taklimat Kedua Latihan Industri bantu persediaan sebelum menjalani LI

Oleh: Mohd Aspah Kasim

Jurufoto: Mohd Fadliey Arshad


SERDANG, 13 Januari 2023- Jawatankuasa Latihan Industri, Fakulti Ekologi Manusia (JKLI), FEM dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menjayakan Taklimat Kedua Latihan Industri Semester 2 Sesi 2022/2023 & Perkongsian Bersama Industri bertempat di Dewan Kuliah FEM (DKFEM1), Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

Taklimat kedua ini, adalah kesinambungan daripada taklimat pertama mengikut takwim latihan industri fakulti yang akan diadakan pada setiap hujung semester selari dengan kalendar akademik, UPM .Seramai 255 orang pelajar tahun akhir daripada lima (5) program fakulti iaitu, program Bacelor Sains Pembangunan Manusia, Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat, Bacelor Pengajian Pengguna dan Bacelor Muzik.

Objektif utama taklimat kedua ini, adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar yang bakal menjalani LI kelak. Penerangan merangkumi, panduan semasa berada di agensi, etika bekerja dan peranan pelajar sebagai duta Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Seramai 255 orang pelajar akan menjalani LI bermula bulan Mac 2023 hingga Jun 2023 tahun ini.

Taklimat kali ini, turut menyediakan slot ceramah khas bertajuk “Gangguan Seksual: Katakan Tidak! yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Wan Arnidawati Wan Abdullah, Pensyarah Kanan, daripada Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (JPMPK), FEM. Ceramah yang berlangsung selama sejam itu, telah memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk lebih memahami isu semasa berkaitan gangguan seksual di tempat kerja dan kesedaran pentingnya memahami isu berkaitan gangguan seksual sekiranya berdepan dengan kes tersebut ketika mereka menjalani latihan industri dan di alam pekerjaan sebenar nanti.

Turut hadir pada sesi taklimat ialah, YBhg. Prof. Dr. Rumaya Juhari, Timbalan Dekan Akademik, Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), FEM, Gs. Ts. Dr. Mohammad Mujaheed Hassan, Ketua Penyelaras Latihan Industri, FEM, Puan Zalilah Bahari, Pengarah Kanan,Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), YBrs. Prof. Madya Dr. Adlina Hj. Ab Halim, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan serta dua (2) orang alumni Fakulti Ekologi Manusia, iaitu Cik Nur Sara Khalisa Norhisam dan Cik Kavitha A/P Gnanavelan yang telah dijemput dan hadir bagi memberi perkongsian pengalaman menjalani latihan industri selain berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pekerja yang baik dalam dunia pekerjaan sebenar.

“Pelajar perlu menyemak dan menyiasat latar belakang syarikat & organisasi ketika membuat pilihan dan membuat permohonan penempatan LI pelajar dan memastikan skop pekerjaan yang akan dilaksanakan mestilah relevan dan sesuai dengan program yang diambil di UPM.”  Ujar YBhg. Prof. Dr. Rumaya Juhari dalam ucapan aluanya pagi ini.

Tarikh Input: 13/01/2023 | Kemaskini: 15/01/2023 | aspah.kasim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUQAH~