Oleh: Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti Ekologi Manusia
SERDANG, 28 Jun 2021 - Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT dikurniakan 'Gold Medal' bertajuk Pembangunan Modul Interaktif ‘Augemented Reality’ Board Game Kembara P4T dalam 'International University Carnival on E-Learning (IUCEL) bermula dari 15-16 Jun 2021, anjuran MEIPTA, JPT,UUM
4 produk berjaya dihasilkan atas izin Allah SWT : Aplikasi Mobile P4T, Modul PdP (Terbitan Aras Mega Sdn Bhd), Kit dan 'Games Card Interactive' serta IP (HakCipta) MyIPO (CRLY00022963)
Terima kasih kepada ahli-ahli terlibat Dr Rozihan (Fakulti Pertanian /UPM), Sdr Johan Ismail (Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan /UPMKB), dan 2 Pensyarah Kolej Matrikulasi Kelantan Cikgu Zuhaizi Abdullah dan Cikgu Khairil Azuar Mohd Noor). Moga menguatkan lagi untuk menyumbang kepada komuniti pelajar, pensyarah, IPT, matrikulasi, sekolah dan lain-lain agensi
Insyallah tahun depan IUCEL2022, UPM akan menjadi 'HOST' dan tahniah semua kepada yang berjaya. Tahun ini UPM berjaya memenangi 3 Gold, 3 Silver & 1 Bronse.
Terima kasih juga atas sokongan Ybhg Dekan Fakulti Ekologi Manusia Prof Dr. Mohamad Fazli Sabri. Moga FEM terus kekal gemilang dalam pelbagai disiplin ilmu dan inovasi.
![]() |
|
Tarikh Input: 28/06/2021 | Kemaskini: 28/06/2021 | rozlita