Melaka, 16 Julai 2018 - Fakulti Ekologi Manusia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff yang telah memenangi dua pingat perak dalam ‘e-Learning Carnival & Conference (eLCC) 2018 yang diadakan di UTeM pada 16 Julai 2018. Program ini adalah anjuran bersama PSTP, UTeM, Melaka & MEIPTA & KPT .
Senarai yang dimenangi adalah seperti berikut:
a) Pingat Perak 2018 - Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff & Noralina Ali . ‘Teknik Interaktif Pembelajaran Aktif Kursus MPU Dalam ‘LARGE CLASSROOM’ Abad 21 Dan Kolaboratif MOOC via OPENLEARNING 4.0.
![]() |
b) Pingat Perak 2018 - Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff & Noralina Ali . ‘HIEPS-MPU Dalam MOOC-PLATFORM OPENLEARNING (H2MOL) Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (High Impact Educational Practices-Hieps) MOOC Kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) Dalam Platform Openlearning Era Pendidikan Industri 4.0.
Tarikh Input: 17/07/2018 | Kemaskini: 14/08/2018 | rozlita