Sesi Perkongsian Oleh Peneraju Program Jaringan Industri Dan Masyarakat Bertaraf Empat Dan Lima Bintang | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Sesi Perkongsian oleh Peneraju Program Jaringan Industri dan Masyarakat Bertaraf Empat dan Lima Bintang

Sesi Perkongsian oleh Peneraju Program Jaringan Industri dan Masyarakat Bertaraf Empat dan Lima Bintang

Oleh: Puan Zaihasra Suhaime

 

 

 

SERDANG - Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia telah menganjurkan Sesi Perkongsian oleh Peneraju Program Jaringan Industri dan Masyarakat bertaraf Empat dan Lima bintang pada 3 September 2018 bertempat di Bilik Sidang.

 

 


Pengalaman program ini dikongsikan oleh 4 orang peneraju program (Ketua Projek) iaitu Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan, Dr. Ku Hasnita Ku Samsu, Dr. Mohd Roslan Rosnon dan Dr. Rojanah Kahar.

 

 

 

Melalui sesi perkongsian ini, kesemua peneraju program berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dalam penganjuran program Jaringan Industri dan Masyarakat yang telah mencapai taraf empat dan lima bintang dan juga tips kepada pensyarah-pensyarah lain sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan kualiti dan penarafan bintang bagi setiap program Jaringan Industri dan Masyarakat serta meningkatkan lagi pencapaian KPI yang ditetapkan.

 

 

 

Seramai 43 orang pensyarah hadir dalam sesi perkongsian ini.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 05/09/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1569002518