SAMBUTAN KEMERDEKAAN MAKMAL PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (MPK) | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » SAMBUTAN KEMERDEKAAN MAKMAL PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (MPK)

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MAKMAL PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (MPK)

Oleh: Rosazizi Abd. Rahim
          Penyelaras Pentadbiran Makmal Perkembangan Kanak-Kanak, FEM

 

SERDANG, Selasa 1 September 2020 - Sambutan Kemerdekaan Kanak-kanak Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK) disambut dengan meriah walaupun dijalankan secara sederhana. Tiada perbarisan dan perarakan diadakan bagi memenuhi  Prosedur Operasi Standad (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).  Acara dijalankan di dalam kelas masing-masing antaranya menyanyi lagu patriotik, ikrar Rukun Negara dan acara mengibar jalur gemilang.

 

 


Dua pertandingan telah diadakan bagi menyemarakkan semangat kanak-kanak dengan kerjasama ibu bapa dan staf MPK ia itu Pertandingan Busana Kemerdekaan Kanak-kanak MPK dan Pertandingan Menghias Kelas. Pertandingan Menghias Kelas dimenangi oleh Kelas Comel, Kelas Manja dan Kelas Bijak. Pertandingan diadili oleh Dr Nellie Ismail dan Dr Mohd Najmi Daud pensyarah Jabatan Pengajian Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (JPMPK) dan acara diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia, Prof Madya Dr Zainal Madon, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga. Acara berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 02/09/2020 | Kemaskini: 02/09/2020 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
BUJTSAZ:18:18