PROGRAM KELESTARIAN HIJAU DAN PELANCARAN PERALIHAN AMALAN 5S KEPADA EKSA FEM (SIRI 1/2020) | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » PROGRAM KELESTARIAN HIJAU DAN PELANCARAN PERALIHAN AMALAN 5S KEPADA EKSA FEM (SIRI 1/2020)

PROGRAM KELESTARIAN HIJAU DAN PELANCARAN PERALIHAN AMALAN 5S KEPADA EKSA FEM (SIRI 1/2020)


Oleh : Norhawati Saarani

 

SERDANG, 31 Januari 2020 - Fakulti Ekologi Manusia telah mengadakan Program Kelestarian Hijau Dan Pelancaran Peralihan Amalan 5S Kepada EKSA FEM (Siri 1/2020) pada 31 Januari 2020, Jumaat di ECO1, Fakulti Ekologi Manusia. Program ini melibat semua warga FEM.

Fokus utama program kali ini adalah operasi pengumpulan dan pelupusan kertas terutamanya kertas-kertas soalan dan skrip jawapan peperiksaan yang telah melebihi tempoh simpanan di jabatan. Program ini dilihat sebagai sebahagian daripada inisiatif fakulti dalam mengurangkan lambakan kertas-kertas terpakai yang berkemungkinan / berupaya menjadi tempat pembiakan haiwan pemusnah seperti anai-anai, tikus dan serangga perosak lain. Dalam program ini diadakan Pelancaran Peralihan Amalan 5S Kepada EKSA FEM.

Program dimulai dengan taklimat daripada Penyelaras Program Kelestarian Hijau FEM, Encik Saiful Bahrie Abdul Manap dan diikuti ucapan Dekan FEM, Profesor Dr. Ahmad Hariza Hashim yang seterusnya merasmikan Pelancaran Peralihan Amalan 5S Kepada EKSA FEM. Seterusnya semua staf bergerak ke lokasi gotong-royong yang telah ditetapkan.

Seramai lebih 60 orang staf termasuk pegawai akademik, pegawai tadbir, pegawai pelaksana dan pembantu penyelidik terlibat di dalam program gotong royong pada kali ini.

 
     
 
     
     

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 13/03/2020 | Kemaskini: 24/03/2020 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETJAP~