Program '1 Staf 1 Pokok' Fakulti Ekologi Manusia | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Program '1 Staf 1 Pokok' Fakulti Ekologi Manusia

Program '1 Staf 1 Pokok' Fakulti Ekologi Manusia

Serdang, 18 Jan. - Dalam usaha mengindahkan persekitaran dan lanskap fakulti serta dengan mengambil semangat pelaksanaan program 'UPM Taman Botani', Fakulti Ekologi Manusia (FEM) telah melaksanakan program '1 Pokok 1 Staf' khusus untuk mengindahkan lanskap di persekitaran fakulti.

Staf bergotong-royong memperindahkan persekitaran fakulti.


Bagi merealisasikan program ini, fakulti telah mengumpulkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit daripada seluruh warga FEM. Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM6790.00.


Memangkas pokok
.

Hasil sumbangan telah digunakan untuk penanaman pokok bagi memperindahkan landskap di sekitar fakulti.


Dekan FEM, Profesor Dr. Laily Hj. Paim bersama memberi semangat
.

Beberapa siri gotong-royong telah dijalankan bagi melancarkan program penanaman pokok tersebut.


Landskap FEM hasil dari program '1 Pokok 1 Staf' FEM

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 02/08/2017 | Kemaskini: 03/08/2017 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdPAW~