PERTANDINGAN INVENTION, INNOVATION & DESIGN ON E-LEARNING (IIDEL) | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » PERTANDINGAN INVENTION, INNOVATION & DESIGN ON e-LEARNING (IIDEL)

PERTANDINGAN INVENTION, INNOVATION & DESIGN ON e-LEARNING (IIDEL)

Majlis e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) telah mengadakan Karnival e-Pembelajaran Universiti-Universiti Peringkat Kebangsaan (NUCEL 2015) buat kali kedua dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), UPSI, SOARING UPWARDS dan  FIBRECOMM dan hos kali ini dipertanggungjawabkan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diadakan dengan jayanya di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Syah, Tanjung Malim, Perak pada 14 dan 15 Disember 2015. Pertandingan kali kedua ini yang melibatkan Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) telah mempamerkan penyertaan yang agak ramai dari  UPSI, UMS, USM, UKM, UPM, UTM, UTHM, USIM, UUM, UiTM, UTeM, UNISZA, UMP, Taylor University, OUM, MMU, PSMZA, KKB, PSIS, PTYSS dan PTSB.

Dalam NUCEL 2015 ini,  UPM telah memenangi 1 emas, 7 perak dan 3 gangsa dengan 2 perak berjaya disumbangkan daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia. Projek ini diketuai oleh Dr. Hj. Ahmad Nasir  Mohd Yusoff (Ketua Penyelaras TITASMOOCs) dan dibantu oleh ahli-ahli lain antaranya Yg Bhg Prof. Dr. Zaid Ahmad, Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Talib, Dr. Mohd Daud Awang dan Dr. Adlina Ab Halim. Tajuk yang dipertandingkan iaitu Sistem Aplikasi Pembelajaran Kursus Tamadun Islam Dalam Platform Openlearning TITASMOOCs ; (IIDEL : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) dan Sistem Aplikasi Pembelajaran Kursus Tamadun Melayu Dalam Platform Openlearning TITASMOOCs ; (IIDEL : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA)

Pada 14 dan 15 November 2014 lalu, Majlis e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA), buat julung kalinya telah menganjurkan Karnival e-Pembelajaran Universiti-Universiti Peringkat Kebangsaan (NUCeL 2014), dengan Universiti Teknologi MARA sebagai hos utama. Karnival, ini telah diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor Darul Ehsan. Pertandingan ini adalah sebagai platform mempamerkan penyelidikan, penciptaan dan inovasi daripada warga UA/US dalam proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) ke arah menyokong dasar e-Learning yang diperkenalkan. Pada NUCEL 2014 pihak Fakulti Ekologi Manusia telah memperolehi 4 Perak dengan 4 penyertaan yang melibatkan tajuk-tajuk utama dalam Kursus TITAS (Tamadun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India). 

 

 
Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff dan Dr. Mohd Daud Awang
bersama Adam Brimo-Pengasas OpenLearning

 


Sesi penghakiman pertama

 
Sesi penghakiman kedua



 
Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff dan Dr. Norida Ahmad, UPM

 
Pingat yang dimenangi


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEYNA6~