Mohamad Syuzrul Dipilih YDP Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2015/2016 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Mohamad Syuzrul dipilih YDP Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2015/2016

Mohamad Syuzrul dipilih YDP Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2015/2016

SERDANG, 12 Okt – Pelajar Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohamad Syuzrul Yahya dipilih sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM Sesi 2015/2016 di sini.

Mohd Syuzrul menerima simbolik penyerahan watikah pelantikan daripada Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan, pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Apresiasi MPP UPM Sesi 2015/2016.

Majlis disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran; Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Mad Nasir Shamsudin; dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Mohd. Azmi Mohd Lila.

Selain itu, Naib Yang Dipertua MPP UPM, Muhd Zikri Zulkiflee; Setiausaha Agung MPP UPM,  Maisarah Mohamed Zakaria; dan Bendahari Kehormat MPP UPM, Song Yu Hui, turut menerima watikah pelantikan masing-masing.

Majlis itu turut menyaksikan bacaan ikrar oleh 45 pelajar ahli MPP yang juga barisan kepimpinan baharu MPP UPM Sesi 2015/2016.

Sementara itu, majlis turut meraikan sumbangan ahli MPP UPM Sesi 2014/2015 yang menjadi wadah proaktif kepada pihak pentadbiran universiti dalam menjaga serta membangunkan kebajikan pelajar pada sesi pengajian tahun lalu. - UPM



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
W1UJYXAY:23:26