Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Fakulti Ekologi Manusia Tahun 2019 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Fakulti Ekologi Manusia Tahun 2019

Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Fakulti Ekologi Manusia Tahun 2019

Oleh:  Ain Nisrin Adnin

 

SERDANG, 28 Jun - Meraikan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal sememangnya dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam. Setelah sebulan berpuasa, umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai satu tanda kemenangan.

Pada tahun ini, Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) Fakulti Ekologi Manusia telah menganjurkan "Majlis Tautan Kasih Aidilfitri FEM 2019" pada 28 Jun 2019 (Jumaat) bertempat di Dewan Seminar, Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia.  Semua pensyarah, staf dan mantan Fakulti Ekologi Manusia juga turut dijemput hadir.

Antara atur acara majlis adalah ucapan daripada Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim, Dekan Fakulti Ekologi Manusia dan Prof. Madya Dr. Zainal Madon selaku Pengerusi Kelab KKSR. Majlis juga turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah, sesi bergambar mengikut jabatan dan nyanyian lagu raya daripada pensyarah dan staf fakulti.

Pengacara majlis untuk program ini diketuai oleh Dr. Abdul Razak Abdul Rahman, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan. 

Selain itu, majlis juga turut menyampaikan cenderamata kepada empat (4) orang bakal Haji Tahun 2019 iaitu Prof. Dr. Zaid Ahmad, Prof. Dr. Asnarulkhadi Abu Samah, Prof. Madya Dr. Mariani Mansor dan Dr. Azlina Mohd Khir. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" 
DARIPADA KELAB KEBAJIKAN, SUKAN DAN REKREASI (KKSR), FAKULTI EKOLOGI MANUSIA, UPM

 

   
Ahli Pengurusan FEM 
 
 KKSR
 
 Pejabat Pentadbiran
         
 
Pejabat TD (AA) 
   
Pejabat TD (PSJIM)
   
Pejabat TD (PI) 
         

JPMPK
 

JSKP
 

JPSPP
         

JPKK
 

Jab. Muzik
 

FACE

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 04/07/2019 | Kemaskini: 04/07/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdWAJ~